Tujuh beranak terputus bekalan makanan dibantu
KULIM - Tujuh beranak terputus bekalan makanan yang tinggal menumpang di Kampung Tebuan, Sedim dibantu Jabatan Zakat Daerah Kulim.
Pasangan Mohd Nazeri Hashim, 48 dan Noorhashimah Che Noor, 46, serta lima anaknya berusia antara 8 dan 23 tahun terpaksa mengikat perut apabila kehabisan wang sumbangan orang ramai untuk membeli makanan keperluan.
Ketua keluarga, Mohd Nazeri tidak dapat menjalankan tanggungjawab mencari rezeki kerana menghidap penyakit kencing manis serta sakit jantung dan isterinya juga tidak bekerja kerana menghidap masalah kesihatan.
Pegawai Jabatan Zakat Daerah Kulim, Mohd Khairi Ishak berkata, keluarga Mohd Nazeri menghubungi pihaknya yang memaklumkan keluarga mereka terputus bekalan makanan.
Menurutnya, bertindak atas aduan itu beberapa pegawai zakat segera menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit.
âKita menerima satu panggilan telefon yang memaklumkan mereka terputus bekalan makanan sebab tiada duit. Bertindak atas aduan itu, kita turun menyantuni keluarga terbabit dan mendapati keluarga ini memang mengalami masalah kewangan.
âJadi kita menyampaikan satu kit bantuan makanan asas kepada keluarga ini bersama wang tunai untuk digunakan membeli keperluan asas yang lain,â katanya.
Mohd Khairi berkata, pihaknya juga akan memproses bantuan zakat kepada keluarga ini di bawah Skim Had Kifayah selain terus memberi bantuan secara bulanan di bawah skim yang ada untuk keluarga itu.
âKita sentiasa bersedia untuk memberi bantuan tanpa mengira situasi dalam usaha institusi ini membantu golongan memerlukan tersebut.
âKalau ada maklumat dan aduan, kita akan segera turun bantu jadi, kita mohon orang ramai yang ada maklumat mengenai golongan memerlukan segera hubungi kita,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment