Tak menggambarkan konsep rahmatan lil 'alamin

Wednesday, September 26, 2018

Tak menggambarkan konsep rahmatan lil 'alamin

Tak menggambarkan konsep rahmatan lil 'alamin

MELAKA - Menutup pusat tahfiz bukan sahaja satu keputusan yang tepat malah tindakan yang begitu naif, dangkal dan berniat jahat terhadap institusi agama.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, sekiranya Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad benar-benar melaksanakannya, ia tidak menggambarkan konsep rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam) seperti yang diperjuangkan oleh parti Amanah selama ini.

“Pas merasakan beliau perlu rujuk pandangan agamawan dalam hal seumpama ini kerana rahmatan lil alamin bukan konsep menghukum sebaliknya membantu dan memelihara.

“Rakyat akan melihat seolah-olah beliau berdendam dengan institusi tahfiz. Bagi saya amat malang kerajaan PH memiliki seorang menteri yang bercakap tanpa mengambil kira kerosakan dan maslahat umum,” katanya.

Menurutnya, semua menteri di bawah kerajaan PH diingatkan supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan tanpa merujuk kepada pihak yang sebetulnya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah berkenaan dikatakan memberikan reaksi pantas mengarahkan semua pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur supaya ditutup.

Ia rentetan seorang guru agama yang juga pemilik pusat tahfiz di Kepong ditahan polis kerana disyaki meliwat sembilan pelajar di institusi terbabit.

Bagaimanapun, Khalid di dalam kenyataan terbaharu menyatakan laporan media mengenai pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar di Kuala Lumpur akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment