Sukma: Kedah elak kecewa lagi kepada Terengganu

Saturday, September 15, 2018

Sukma: Kedah elak kecewa lagi kepada Terengganu

Sukma: Kedah elak kecewa lagi kepada Terengganu

ALOR SETAR - Kedah bersedia memberi tentangan sengit kepada Terengganu pada separuh akhir bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2018 malam esok di Stadium Lumut, Perak.

Pertemuan ini adalah aksi kali kedua mereka kurang dari tempoh sebulan selepas bertembung di final Piala Presiden 2018 pada 29 September lalu menyaksikan Terengganu keluar sebagai juara selepas menang dengan keputusan 2-1

Menurut Ketua Jurulatih Kedah Bawah 21 Tahun, Victor Andrag, kekecewaan tewas pada pentas akhir piala presiden masih dirasai pelapis Lang Merah dan mereka bersedia menebusnya dalam usaha merebut slot akhir bola sepak Sukma 2018.

“Kami mahu mencari penawar pada Sukma di Perak ini selepas tewas pada penentuan final Piala Presiden 2018 kepada Terengganu.

“Faktor kecergasan bakal menjadi cabaran besar kepada pemain Kedah kerana kami bermain lebih perlawanan berbanding Terengganu termasuk beraksi pada masa tambahan menewaskan Melaka.

“Saya akan berusaha menguatkan mental semua pemain dan saya juga percaya mereka mahu menebus kembali kepada Terengganu pada perlawanan separuh akhir ini,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Tambah Victor, beliau mahu sebarang kesilapan kecil tidak diulangi lagi pemainnya dan berharap mereka mampu kembali cergas sebelum aksi sepak bermula.

Semalam, Kedah mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk kembali mengatasi Melaka 2-1 dalam tempoh 120 minit suku akhir di Stadium Manjung.

Biarpun ketinggalan hasil jaringan pemain lawan pada minit ke- 44 menerusi Muhammad Izreen Izwandy, Kedah bangkit mengikat jaringan pada minit ke-90 hasil gol Ahmad Firdaus Ismail.

Gol kemenangan anak buah Victor ini hadir menerusi penalti yang berjaya disempurnakan oleh Aminuddin Abu Bakar pada minit ke-119.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment