Simbah cili: Wanita Indonesia ditahan
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita Indonesia dipercayai cuba melakukan samun dengan menyimbah air cili terhadap pelanggan sebuah pusat beli-belah, di sini, kelmarin, gagal selepas dicekup.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 34 tahun ditahan kira-kira jam 7 malam, hari kejadian oleh anggota polis bantuan pusat beli-belah itu.
"Suspek telah direman 14 hari dan disiasat di bawah Akta Imigresen.
"Kita juga membuka siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun," katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung insiden tersebut.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Diana Abdullah memuat naik posting tentang insiden tersebut.
Menurutnya, wanita tersebut bertindak menyimbah cecair berlada terhadap mangsa bernama Sasha ketika mangsa itu ingin masuk ke dalam keretanya
Tambah Diana, dia kemudian menemani Sasha untuk ke balai polis berdekatan dan polis menasihatkannya untuk ke hospital terlebih dahulu kerana kulitnya yang kemerahan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment