Siew Kiong umum bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA
JOHOR BAHRU - Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan dirinya bakal bertanding sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan November depan.
Katanya, keputusannya itu adalah bagi membolehkan kelangsungan parti untuk masa hadapan dapat dikecapi sekali gus membawa transformasi baharu kepada pucuk pimpinan.
âHasrat saya untuk bertanding bukan mahu menerima apa-apa manfaat sebaliknya adalah bagi memberi sumbangan dalam proses pembinaan semula parti menerusi pengalaman saya dalam parti mahupun urus tadbir kerajaan.
âSaat ini, merupakan masa terbaik untuk seluruh parti bekerjasama dan bersatu padu mengembalikan semula maruah parti kita,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Tengahari antara semua Ketua MCA Bahagian, di Restoran Grand Straits Garden, di sini, hari ini.
Siew Kiong berkata, kekalahan BN dan MCA pada PRU lalu menjadi pengajaran, dalam masa sama memberi dorongan kepada pihaknya untuk kembali bangkit mendapat tempat di hati rakyat.
âKita lihat, sejak Pakatan Harapan (Harapan) mengambil alih kuasa memerintah sebagai kerajaan, mereka tidak dipantau. Mereka memerlukan aspek semak dan imbang yang berkesan.
âJika MCA tidak dapat bangkit semula maka kita ini tidak akan dapat kembali semula. Malah MCA juga tidak mungkin dapat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang baik,â katanya.
Jelasnya, Johor adalah titik permulaan yang terbaik sekiranya MCA mahu kembali bangkit sebagai parti politik berpengaruh.
âHasrat ini membantu memimpin MCA mara ke depan, mengembalikan kegemilangan parti pada masa dahulu.
âSaya percaya, saya dapat melakukan yang terbaik dalam usaha-usaha penyelarasan dan kerjasama dengan pewakilan parti setiap negeri, bagaimana kita mahu bangkit dan bina semula parti ini, kita perlu bersamasama memberikan sokongan,â katanya.
Pada majlis berkenaan, seramai 24 daripada 26 Ketua Bahagian dan wakil MCA hadir bagi menyatakan sokongan kepada keputusan Siew Kiong untuk bertanding.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment