Produk kesihatan GlamoHealth yakin jual 50,000 unit

Wednesday, September 26, 2018

Produk kesihatan GlamoHealth yakin jual 50,000 unit

Produk kesihatan GlamoHealth yakin jual 50,000 unit

PENGELUAR produk kesihatan berasaskan sumber alam semulajadi, GlamoHealth Sdn Bhd optimis produk keluarannya, Jus GlamoHealth terjual 50,000 unit menjelang akhir tahun ini berikutan sambutan memberangsangkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengasasnya, Syazali Azizan berkata, Jus GlamoHealth berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan mendapat permintaan tinggi setiap bulan dalam pasaran Malaysia termasuklah Brunei, Singapura dan Indonesia.

Menurutnya, sasaran tersebut mampu dicapai berikutan syarikat akan mengadakan promosi agresif dan menyertai program di seluruh negara.

"Selain itu, penambahan 20 stokis juga dijangka memacu peningkatan jualan. Setakat ini, kami mempunyai tujuh stokis iaitu di Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan.

"Produk ini dapat sambutan dalam kalangan mereka yang berusia dan mengalami masalah buang air kecil tidak lawas dan kerap buang air. Kebanyakan pelanggan adalah mereka yang mengerjakan haji dan umrah,” katanya sambil memberitahu antara bahan digunakan di dalam Jus GlamoHealth adalah lemon, madu, ubi bit merah, daun dukung anak, pegaga, daun belalai gajah, kurma dan delima.

Jelasnya, jus tersebut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijual pada harga RM120 sebotol.

"Syarikat juga merancang mengeluarkan jus ini dalam bentuk sachet pada masa akan datang untuk beri kemudahan kepada pengguna terutamanya mereka yang suka melancong,” katanya.

Selain Jus GlamoHealth, syarikat juga mengeluarkan beberapa produk lain antaranya Stevia dan Jus Perapat.            
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment