PKR bukan parti warisan Umno
KOTA BHARU - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu bukan warisan Umno malah mempunyai prinsip sendiri dan perjuangan membawa pembaharuan sedaya upaya.
Menurutnya, parti itu bercita-cita besar termasuk menghapuskan rasuah dan menegakkan undang-undang dan perlembagaan.
âIngat prinsip parti ini. Bukan warisan Umno. Parti ini perlu ada prinsip sendiri bukan seperti parti politik biasa. Parti ini adalah tentang kuasa ketika pilihan raya.
âMaka media harus bebas walaupun berita yang dikeluarkan media tidak disenangi,â katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Amanat Perdana Agenda Malaysia Baharu di Tunjong, di sini, hari ini.
Sementara itu, Anwar menyerahkan kepada pembangkang sama ada mahu bertanding melawannya untuk merebut kerusi Parlimen Port Dickson pada PKR, 13 Oktober ini.
âTerserah, itu hak mereka mengenai keputusan yang dibuat oleh Pas pada malam ini,â katanya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman sosial Facebook mengumumkan parti itu akan meletakkan calon pada PRK Port Dickson dan calon akan dimaklumkan esok.
Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi pendirian menegaskan tiada tempat untuk gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment