Pertuduhan untuk nafi perbicaraan adil

Thursday, September 13, 2018

Pertuduhan untuk nafi perbicaraan adil

Pertuduhan untuk nafi perbicaraan adil

SHAH ALAM - Pertuduhan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang  Haram (Amla) terhadap pasukan peguambela bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima bayaran bagi khidmat guaman adalah satu lagi tindakan untuk menafikan perbicaraan yang adil.

Najib berkata, ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang dirinya dan peguam lain daripada mewakilinya di mahkamah.

Menurutnya, sebelum ini, hakim bagi kesnya telah ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap saya.

"Ini jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya," katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Najib berkata, penindasan terhadap Shafee juga boleh dianggap sebagai kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan.

Dakwa Najib lagi, lebih 12 pertuduhan terhadap pemimpin politik PH dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: RM2.973 bilion masuk ke akaun Najib]

Pada 17 Mei lalu, Amla Urus Setia Ketua Polis Negara telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ekoran itu, serbuan dibuat di lima buah premis dan pelbagai barangan seperti wang tunai RM114 juta, 12,080 unit barang kemas, 566 unit beg tangan, 437 utas jam tangan dan 234 cermin mata pelbagai jenama telah disita.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment