Pengasas bersama Instagram lepas jawatan

Tuesday, September 25, 2018

Pengasas bersama Instagram lepas jawatan

Pengasas bersama Instagram lepas jawatan

SACRAMENTO - AMERIKA SYARIKAT. Pengasas bersama laman perkongsian foto gergasi Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger mengambil keputusan mengejut meninggalkan firma itu.

Systrom mengesahkan langkah itu menerusi blog, semalam susulan laporan awal oleh New York Times tentang keputusan mereka untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Jelasnya, beliau dan Krieger membuat keputusan itu kerana mahu sekali lagi 'meneroka rasa ingin tahun dan kreativiti masing-masing'.

"Kami rasa amat berbesar hati untuk tempoh sepanjang lapan tahun bersama pasukan Instagram dan enam tahun bersama Facebook. Kami berkembang daripada 13 orang kepada lebih seribu pejabat di seluruh dunia, membangunkan produk digunakan dan disukai lebih satu bilion komuniti. Kami bersedia untuk bab seterusnya," jelasnya.

Difahamkan, keputusan itu akan meningkatkan lagi tekanan kepada Facebook untuk mendapatkan lebih banyak wang daripada pengguna dengan menambah ciri baharu yang didakwa melanggar fokus asal aplikasi Instagram untuk tampak sederhana.

Instagram yang dibeli Facebook pada 2012 pada harga AS$1 bilion (RM4.1 bilion) kini mempunyai lebih satu bilion pengguna.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, Instagram mencerminkan gabungan bakat kreatif pengasasnya.

"Saya belajar banyak perkara ketika bekerjasama dengan mereka sejak enam tahun lalu. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang mereka akan hasilkan pada masa akan datang," katanya. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment