Pelbagai reaksi hari pertama SST
IPOH - Pelaksanaan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mulai semalam mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.
Majoriti orang ramai yang ditemui Sinar Harian, dilihat bersetuju dengan pelaksanaan SST kerana dilihat memberikan keuntungan kepada pengguna serta peniaga.
Bagi Muhammad Hafiz Abdullah ishak, 33, pelaksanaan SST pelaksanaan dilihat memiliki kebaikan serta keburukannya yang tersendiri.
Bagaimanapun katanya, SST hanya baru dilaksanakan dan prang ramai pastinya mahu melihat sejauh man kesan SST kepada rakyat
"Pada pendapat saya, pada hari pertama hari ini (semalam), ada barangan yang baik dan ada yang turun.
"Barang makanan didapati ada penurunan, namun barangan keperluan lain ada sedikit peningkatan. Contohya, saya baru pulang dari sebuah kedai alat ganti kereta dan saya dapati ada kenaikan sikit ," katanya kepada Sinar Harian.
Pendapat itu dipersetujuo oleh peniaga makanan, Mohd Hazli Hussain, 39 yang menyifatkan pelaksanaan SST bakal memberikan banyak manfaat kepada rakyat.
Katanya, antara manfaat yang bakal diterima adalah rakyat serta peniaga akan memiliki kelebihan dalam soal berbelanja.
"Sebelum ini, maklumat kita dapat daripada pembekal mengenai cukai GST (barang dan perkhidmatan).
"Tetapi apa yang saya lihat pelaksanaan SST akan memberikan lebih kuasa kepada pembeli untuk berbelanja.
"Selain itu, SST dilihat bakal memberikan keuntungan kepada peniaga berikutan tiada penggunaan orang tengah lagi," katanya.
Seorang lagi peniaga, K.Kayagobi, 54 mengakui pelaksanaan SST sebagai langkah yang baik.
Bagaimanapun, pihaknya akan melihat dahulu perkembangan SST di negara ini.
"Bagi saya, pelaksanaan SST ini baik. Dahulu, kita nampak 'dia orang' ambik duit.
"Tapi tak apalah kita berikan kerajaan buktikan segalanya," katanya pada sidang media.
Sementara itu, I. Puspawaty, 56 menyifatkan dirinya tidak merasakan apa-apa disebalik pelaksanaan SST mahu pun GST, sebelum ini.
Bagaimananapun menurutnya, apa sahaja cukai yang ditetapkan oleh kerajaan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada rakyat.
"Sebenarnya, saya tak rasa apa-apa perbezaan pun pasal cukai ni, asalkan ia memberikan kebaikan saya akan sokong," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment