MERCEDES GLA 200 bergaya dan futuristik
PENINGKATAN luaran dan dalaman baharu serta reka bentuk ekspresif antara eleman yang dimiliki Mercedes GLA 200 Urban membuktikan kesungguhan pengeluar jenama tersebut untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan. Jika sebelum ini sering dikaitkan sebagai kereta orang lama dan untuk kegunaan bos berpangkat besar tetapi kini ia berbeza apabila Mercedes-Benz bukan lagi seperti dahulu.
Rekabentuk yang ditampilkan semakin bergaya dan futuristik sehingga membuatkan anak-anak muda terpikat melihatnya. Berkesempatan menunggang uji Mercedes GLA 200 Urban baru-baru ini dimanfaatkan sepenuhnya penulis untuk menikmati gaya baharu yang diperkenalkan sebagaimana digemburkan rakan penulis bahawa GLA 200 memiliki keistimewaan tersendiri.
PANDANGAN LUARAN
Mercedes GLA 200 dilengkapi dengan garis Urban, menawarkan ciri luaran dan dalaman terpilih untuk menggariskan watak sporty kenderaan. Bersama-sama dengan roda aloi ringan 19 inci dalam warna hitam dengan kemasan tinggi, GLA mencipta sorotan dinamik dari setiap sudut.
Bumper yang diubah suai, roda aloi ringan tambahan dan warna menarik baru "canyon beige" mencirikan vintage 2017 pada pandangan pertama. Oleh itu, GLA secara visual menggariskan gen SUVnya ke tahap lebih besar daripada sebelumnya. Bahagian dalaman menarik dengan bahan berkualiti tinggi dipertingkatkan dengan penutup tempat duduk dan trim baru serta panel kawalan chromed.
Paparan media 20.3 cm (8 inci) mudah dibaca begitu juga kawalan bagi suis pada pelarasan tempat duduk elektrik di pintu. Apabila tiba waktu malam, kesemua kerusi berbalut fabrik itu akan ditemani dengan cahaya lampu berwarna. Secara tidak langsung menjadikan Mercedes GLA 200 ini tampak eksklusif.
POTENSI PEMANDUAN
Enjin 1.6L turbo dengan kuasa 156hp pada 5,300rpm dan tork 250Nm (1,250-4,000rpm) dianggap begitu berkesan bagi GLA 200 ini, kuasa yang dihamburkan tidaklah agak keterlaluan tetapi bersesuaian.Memilih perjalanan menuju ke Johor Bharu bermula Shah Alam, penulis merasakan GLA 200 ini sesuai bagi mereka yang inginkan pemanduan santai dan pada masa sama mahukan rekaan menarik.
Dilaluan bandar mahu pun kampung, Mercedes GLA 200 turut hadir dengan sistem suspensi off-road baharu di mana ia mampu memberi karakter tambahan bahawa model ini sesuai untuk laluan pelbagai permukaan. Dari segi kawalan pemanduan pula, sememangnya ia mudah dikendalikan sama ada merentasi laluan ibu kota mahupun perjalanan jauh.
KESELAMATAN KETARA
Dari segi aspek keselamatan pula, Mercedes GLA 200 ini dilengkapi Bantuan Brek Aktif (Active Brake Assist) sebagai ciri standard yang berfungsi mengeluarkan amaran jika kereta dipandu terlalu hampir dengan kenderaan depan. Jika tiada respon atau pemandu terlalu lambat bertindak, kereta akan membrek automatik bagi mengelakkan perlanggaran.
Selain itu, GLA 200 turut dipasangkan Bantuan Perhatian (Attention Assists) sebagai ciri standard yang mampu mengesan situasi pemandu mengantuk menerusi tindak balas stereng dan beri amaran jika mereka dikesan seakan terlelap. Secara keseluruhannya bagi penulis, Mercedes GLA 200 generasi baharu dengan watak unik dan penampilan progresifnya ditakdirkan untuk menjadi ikon gaya.
Dengan jiwa sukan dan watak yang dinamik digabungkan dengan kemuncaknya yang bergaya, ia sangat sesuai untuk gaya hidup aktif.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment