'Saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara'
KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun beliau âmemasukkanâ Anwar ke dalam penjara.
Begitupun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan kemaafan itu hanya untuk apa yang telah diperlakukan kepada dirinya, bukan atas apa dilakukan kepada rakyat.
âSaya kata dari segi peribadi saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara...dua minggu pertama saya tidur atas simen.
âTapi soal wang negara, soal hak rakyat tak mungkin saya maafkan, kena ikut proses lah. Kalau terbukti dia bersalah, nasiblah.
âApa saja yang anda ambil daripada rakyat, anda mesti bertanggungjawab,â katanya dalam dialog bersama anak muda di sebuah hotel, di sini petang tadi.
[AKAN MENYUSUL]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment