Lima saksi kes bunuh dicari

Monday, September 24, 2018

Lima saksi kes bunuh dicari

Lima saksi kes bunuh dicari

BANTING - Lima saksi diminta tampil bagi membantu siasatan satu kes bunuh yang berlaku pada penghujung Jun 2014.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 29 Jun 2014, seorang lelaki India dikenali sebagai Naveendran, 29, mati diserang dan ditetak oleh beberapa lelaki di sebuah bengkel beralamat No 511A, Batu 18 1/2, Sg Manggis, Banting.

"Dalam kes ini, empat suspek telah ditangkap dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi 2 Klang.

"Bagi membantu siasatan dan proses perbicaraan, terdapat beberapa orang saksi diperlukan dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi 2 Klang pada 12 Oktober 2018, jam 8.30 pagi.

"Saksi-saksi yang diperlukan ialah K Thanesh, 25, M Balakumaran, 25, T Gurunathan, 29, S Perumal, 34, dan S Tiyagu,30," katanya menerusi kenyataan media.

Kesemua mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superitendan Daimie Jamilin di talian 012-8359059 untuk keterangan lanjut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment