Lelaki maut selepas dua kenderaan bertembung di Serian

Monday, September 24, 2018

Lelaki maut selepas dua kenderaan bertembung di Serian


SERIAN: Seorang lelaki maut, seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan apabila dua buah kenderaan bertembung berhampiran Kampung Semukoi A, Batu 9, Jalan Serian-Sri Aman malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.08 malam.

Susulan itu, satu jentera dan satu ambulans EMRS dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dari Balai Serian.
"Setiba di lokasi, komander operasi memaklumkan kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Iswara yang dinaiki empat lelaki dan Toyota Hilux yang dinaiki dua lelaki.

"Kedua-dua kenderaan itu bertembung dari arah bertentangan menyebabkan berlaku kebakaran pada Proton Iswara.

Kata Ling Hii, salah seorang penumpang dalam Proton Iswara mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Serian.

"Seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik, manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan."

Pihak bomba, kata Ling Hii, bertindak memadamkan kebakaran dan juga turut membuat 'flushing' di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis manakala punca kemalangan masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran.






sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment