Kerajaan teliti isu pesawah

Monday, September 24, 2018

Kerajaan teliti isu pesawah

Kerajaan teliti isu pesawah

SABAK BERNAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang dalam peringkat penelitian berhubung isu pemotongan pemutuan padi yang tinggi dibangkitkan pesawah seluruh negara pada masa sekarang.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan itu dan sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi menyelesaikannya.

"Memang dari segi perjuangan untuk pesawah, kita semacam bersetuju dengan potongan pemutuan 17 peratus itu, tapi ada faktor lain yang kementerian mesti menentukannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang, di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan.

Salahuddin berkata, perkara itu mesti diselesaikan secara holistik dan perlu melihat semua faktor sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kalau hasil padi pesawah memang bermutu, kerajaan tak ada masalah untuk mengekalkan pemotongan pemutuan padi sebanyak 17 peratus," katanya.

Beliau berkata, golongan pesawah dinasihatkan supaya lebih kompetetif bagi memperoleh hasil padi berkualiti dan bermutu.

"Bila hasil berkualiti, sudah tentu tidak timbul isu padi hijau, muda dan sebagainya yang boleh menyebabkan isu pemutuan.

"Selain itu, kita juga akan meningkatkan teknologi, pengetahuan dan mengambil langkah perlu terhadap golongan pesawah.

"Saya yakin, selepas pesawah melengkapkan diri mereka dengan langkah-langkah ini, hasil padi mereka lebih bermutu," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment