Kaji semula pelantikan Maszlee: Tun M

Thursday, September 6, 2018

Kaji semula pelantikan Maszlee: Tun M

Kaji semula pelantikan Maszlee: Tun M

PETALING JAYA - Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa akan disemak semula.

Demikian reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya media berhubung isu pelantikan tersebut.

Dr Mahathir mengakui perkara itu mendapat banyak pandangan negatif orang ramai.

"Ramai beri pendapat. Kita selalu sensitif dengan pendapat orang ramai dan kita akan kaji semula.  Kita boleh ubah pendirian kita, " katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Menara Yayasan Selangor hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lantikkan Dr Maszlee bukan bersifat jawatan eksekutif]

Pelantikan Maszlee itu mengundang kritikan kerana ia dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pengaruh politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan Maszlee: Apa komen Tun M?

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas minta UIAM pertimbang semula lantikan Maszlee]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment