Jiwa patriotik

Wednesday, September 26, 2018

Jiwa patriotik


Kuala Lumpur: “Masyarakat sekarang seperti sudah melupakan khidmat kami sebagai polis ketika zaman komunis dan Konfrontasi Indonesia dahulu, sedangkan ketika itu kami berjuang dengan sepenuh hati,” kata veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM), S K Puvaneswaran, 87.

Beliau yang lebih dikenali sebagai SK Puvan berkata, ketika zamannya anggota polis sangat berdisiplin dan sentiasa di bawah pengawasan yang tinggi bagi mengelakkan sebarang salah laku.

“Sebab itu kami berjuang dengan jiwa dan raga. Pada hari pertama tugasan saya di Johor pada 1950, saya menaiki kereta api dari Johor Bahru ke Renggam untuk ke tempat bertugas sebelum gerabak yang kami naiki diserang komunis.

“Kereta api itu diserang kiri dan kanan. Kami bernasib baik kerana tiada yang terkorban dalam insiden itu, namun seorang anggota wanita cedera di bahu,” katanya ketika ditemui sejurus Majlis Pelancaran Buku Recollection & Reminiscenes of Past Police Service - SK Puvan di Kelab Royal Selangor, di sini, semalam.

Beliau yang bersara pada 1983 selepas 33 tahun berbakti dalam PDRM berkata, insiden pada hari pertama bertugas itu sukar dilupakan kerana belum sempat tiba di tempat bertugas, pasukannya sudah diserang musuh bertalu-talu.

Menceritakan mengenai buku yang ditulisnya, dia mengambil masa kira-kira enam bulan bermula awal tahun lalu untuk menulisnya dan buku berkenaan adalah buku kedua tulisannya.

“Buku ini menceritakan bagaimana kami menghadapi musuh ketika itu dan cara kami berkhidmat dalam PDRM yang sangat mementingkan disiplin anggota tanpa sebarang salah laku,” katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment