Hapus maksiat di sebalik rumah urut

Tuesday, September 25, 2018

Hapus maksiat di sebalik rumah urut

Hapus maksiat di sebalik rumah urut

DUNGUN - Semua pihak perlu membantu kerajaan negeri untuk membendung operasi pusat maksiat yang berselindung di sebalik rumah urut atau refleksologi di seluruh daerah.

Tindakan tegas dan menyeluruh perlu diambil bagi mengekang punca maksiat yang menjadi barah dalam masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, agensi dan pihak berkaitan perlu tegas untuk membendung gejala yang mengakibatkan pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat.

Menurutnya, masalah tersebut bukan sahaja bertentangan, malah membantut hasrat kerajaan untuk menjadikan Terengganu negeri maju, berkat dan sejahtera.

"Kerjasama dan kecaknaan orang ramai untuk memberi maklumat serta laporan memainkan peranan penting untuk mencegah kemungkaran yang berlaku.

"Peranan dimainkan semua pihak dapat mengawal kelahiran anak tidak sah taraf dan penyakit sosial yang wujud akibat perbuatan terlarang ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas tentang penutupan sebuah pusat urut di Paka.

Pusat urut berkenaan disita Majlis Perbandaran Dungun kerana melanggar syarat ditetapkan dalam operasi yang dilancarkan, baru-baru ini.

Satiful yang juga Adun Paka turut memberi peringatan kepada pengusaha rumah urut supaya menghormati hasrat kerajaan negeri dalam mengekang gejala negatif.

"Diharapkan pengusaha juga sedar dan tidak membuka perniagaan yang menyumbang ke arah keruntuhan akhlak.

"Perkembangan budaya negatif seperti ini harus ditentang dan dihentikan," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment