Geran percuma usahawan dikurangkan

Thursday, September 13, 2018

Geran percuma usahawan dikurangkan

Geran percuma usahawan dikurangkan

KOTA BHARU â€" Kementerian Pembangunan Usahawan membayangkan kemungkinan peruntukan untuk bantuan percuma kepada usahawan akan dikurangkan dalam Bajet 2019 nanti.

Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusoff berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih lagi di peringkat perancangan dan bantuan atau geran yang disediakan akan diberikan kepada mereka yang berada dalam kumpulan sasaran.

“Kita akan sediakan bantuan untuk usahawan yang benar-benar memerlukan, tanpa memilih  bangsa dan agama. Ada bezanya bantuan itu, tengok pada kumpulan sasar. Apa yang penting, kita mahu tingkatkan sumber pendapatan mereka. Bukan untuk duit bersenang-senang,” katanya ketika sidang media di sini.

Terdahulu, beliau merasmikan perasmian bangunan tambahan kilang dan Pelancaran Canggih Shoppe My-Sutera Sdn Bhd di Pengkalan Chepa, di sini. Turut hadir, Timbalannya, Dr Mohd Hatta Ramli.

Ketika ditanya mengenai daya pembayaran balik peminjam sedia ada, Redzuan mengakui perkara tersebut amat tidak memberangsangkan terutamanya melibatkan pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

Bagaimanapun, pihaknya mempunyai inisiatif untuk lebih memahami usahawan yang kurangnya daya bayar tersebut dengan mewujudkan agensi pemantau melalui Unit Pengaduan Usahawan.

“Kita kena faham kenapa mereka tidak mahu bayar atau kurang daya nak bayar. Kalau dia nak minta bantuan atas dasar berniaga tetapi digunakan untuk yang lain, jadi dari situlah timbulnya ketidaksamaan.

“Kita akan hadir sesi konvensyen memperkasakan bumiputera di sini dan antara lainnya adalah untuk wujudkan agensi aduan seperti yang saya maklum ini. Semua usahawan boleh mengadu segala bentuk masalah yang melibatkan usahawan. Kelantan adalah negeri kedua melaksanakannya,”katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment