Gangguan bekalan air di Tampin, Jelebu

Friday, September 7, 2018

Gangguan bekalan air di Tampin, Jelebu

Gangguan bekalan air di Tampin, Jelebu

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Tampin dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi pada 18 September ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan injap loji dan loji rawatan air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail dalam kenyataan hari ini berkata gangguan di kawasan Tampin membabitkan Felda Sungai (Sg) Kelamah, Kampung (Kg) Sg Dua, Kg Tenai, Maju Ternak, Kg Kurnia Diraja, Pusat Komersial Pahlawan, Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4, Felda Pasir Besar dan Felda Palong 1.

Di Jelebu pula kawasan yang terlibat ialah Simpang Durian, Sg Buloh, Juntai, Durian Tipus, taman-taman perumahan di Simpang Durian, Serdai, Mantaus, Jerang, Paya Jauh, Bemban, Rangoi, Ladang Abdulah Kadir, sekolah-sekolah di Mukim Triang Hilir, Felcra Lakai, Kg Lakai, Air Baning, Kg Putra, Kg Sawah dan Felcra Penagoh.

Selain itu, Felda Pasoh 1, 2, 3 dan 4, Estet Pertang, Simpang Pertang, taman-taman perumahan di Simpang Pertang, Kawasan Industri Simpang Pertang, Kampung Asli Batu 17, Pertang, taman-taman perumahan di Pertang, Kg Geylang, Kg Durian Tawar dan Kg Orang Asli Parit Gong turut terjejas.

Menurut kenyataan itu, bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat, bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment