Emas buat Nicol suntik semangat ke jelajah PSA

Sunday, September 2, 2018

Emas buat Nicol suntik semangat ke jelajah PSA

Emas buat Nicol suntik semangat ke jelajah PSA

SEPANG - Kejayaan merangkul pingat emas dan gangsa dalam penampilan terakhirnya pada Sukan Asia memberi suntikan semangat kepada Datuk Nicol Ann David untuk terus melakar kemenangan pada musim baharu Jelajah PSA.

"Ia memang detik yang manis untuk meraih kemenangan selepas beberapa ketika...ia tidak kurang membawa kegembiraan untuk memenangi emas pada Sukan Asia.

"Masih segar selepas Sukan Asia, Saya fikir saya akan bermula dengan cukup baik (pada Terbuka China) pada musim baharu persaingan. Matlamat saya ialah untuk memulakan setiap pertandingan dengan keputusan yang baik. Terbuka China ialah pembuka tirai musim apabila kesemua 20 pemain utama beraksi di sana," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini sekembalinya dari Jakarta.

Nicol tiba di KLIA selepas beraksi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang sebelum meneruskan penerbangan ke Shanghai, China bagi menghadapi cabaran Kejohanan Skuasy Terbuka China yang bermua Rabu sehingga 9 Sept.

Pada 26 Ogos, ratu skuasy negara itu yang menyambut hari jadinya yang ke-35, meraih pingat emas yang kedua bagi kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

"Untuk memenangi pingat emas kelima selepasd penampilan saya kali keenam dalam Sukan Asia, ia cukup istimewa," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Ini merupakan pingat emas kelima yang diraih Nicol pada Sukan Asia selepas memenangi emas dalam empat edisi Sukan Asia iaitu pada 1998, 2006, 2010 dan 2014.

Nicol muncul naib juara pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Rebecca Chiu.

"Sebenarnya ia bukan mudah, ia adalah satu persaiangan yang sukar berdepan pemain muda dan berinspirasi seperti Sivasangari. Dia benar-benar mengasak dan saya terpaksa mencurahkan segala pengalaman saya untuk mencabarnya. Saya gembira ia berhasil dengan kejayaan meraoh emas," kata Nicol.

Pemain nombor lima dunia itu menghadapi saingan sengit daripada pemain remaja kebangsaan, S. Sivasangari sebelum menang selepas mengharungi lima set yang mendebarkan, 11-13, 11-9, 5-11, 11-6 and 11-8 pada final skuasy individu wanita Sukan Asia.

Bagaimanapun, Nicol teruja melihat lebih ramai pemain remaja Malaysia beraksi di pentas antarabangsa terutama Sukan Asia.

"Ia pengalaman yang amat berguna bagi pasukan skuasy negara pada Sukan Asia tahun ini, dengan kejayaan memungut dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa. Skuad lelaki juga tidak kurang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka mempamerkan aksi yang terbaik, saya benar-benar berbangga dengan pasukan negara," kata Nicol.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment