Dulu Boros Sekarang Jimat, Haqiem Rusli Berniaga Burger Pula
Pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusli kini dilihat lebih positif. Baru-baru ini, Haqiem mendedahkan ketika mula-mula bergelar anak seni, dia seorang yang agak boros berbelanja dan suka membazir.
Kata Haqiem lagi, dia kini lebih berjimat-cermat dan sudah mula menyimpan untuk masa depan. Haqiem juga berhasrat untuk membelikan kereta dan rumah lebih besar untuk ibu bapanya.
BACA:Â Pernah Dikecam Lebih Teruk, Haqiem Rusli Dah Tak Kisah
“Mula-mula jadi artis dulu, saya memang boros dan suka membazir dengan membeli alat permainan, kasut dan telefon bimbit.
“Sekarang ini saya lebih berjimat-cermat dan mula menyimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Saya target tahun depan nak beli rumah dan kereta untuk ibu bapa saya. Memandangkan rumah sekarang ini agak sempit, jadi saya nak beli rumah yang lebih luas untuk kami sekeluarga,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Haqiem memberitahu duit hasil nyanyiannya akan dilaburkan untuk menjalankan perniagaan makanan pula selepas ini.
“Sebelum ini saya sudah buka kedai permainan digital di Hulu Langat dan selepas ini saya akan memulakan perniagaan burger pula. Duit hasil nyanyian yang saya perolehi ini lebih elok dilaburkan ke arah bisnes pula, jadi tak adalah membazir,” katanya.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment