Detik cemas penjaga kaunter diugut penyamun

Sunday, September 16, 2018

Detik cemas penjaga kaunter diugut penyamun

Detik cemas penjaga kaunter diugut penyamun

RAWANG - Seorang pekerja wanita kedai serbaneka 24 jam di Jalan Welman, di sini, berdepan detik cemas selepas disamun sekumpulan lelaki di premis tersebut, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.43 pagi, wanita berusia 24 tahun yang juga juruwang kedai serbaneka berkenaan sedang menyusun barang sebelum didatangi empat lelaki.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, salah seorang daripada empat suspek itu bertindak mengacukan penukul dan menarik mangsa untuk membuka kaunter juruwang.

“Mereka mengambil wang tunai, rokok serta telefon bimbit milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM700 sebelum melarikan diri menaiki kereta jenis Perodua Viva.

“Usaha menjejak suspek kini sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian tersebut, tindakan suspek melakukan kegiatan samun berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat itu, suspek yang bersenjatakan tukul dilihat mengugut pekerja wanita terbabit sebelum menyelongkar barang dan wang tunai di dalam peti simpanan wang di kaunter.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment