Dakwaan Jamal bukti Umno korup, rosak

Tuesday, September 25, 2018

Dakwaan Jamal bukti Umno korup, rosak

Dakwaan Jamal bukti Umno korup, rosak

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kononnya kebanyakan pemimpin Umno 'dipegang' dan 'diikat'  daripada memberi kenyataan kerana masing-masing mempunyai fail kes mahkamah mengukuhkan persepsi bahawa budaya politik Umno jelas korup dan rosak.

Fahmi berkata, Jamal tidak perlu membuat kenyataan tersebut kerana menjadi kenyataan menyerang kepimpinan Umno.

Beliau berkata alasan Jamal bahawa perkara itu menjadi punca mereka bersikap 'senyap' daripada menyuarakan sebarang isu melibatkan kerajaan sebaliknya membayangkan mereka gagal menjadi pembangkang yang efektif.

"Alasan Jamal ibarat 'senjata makan tuan'  kerana ia alasan yang menyerang kepimpinan parti," ujarnya.

Lebih buruk lagi katanya, kenyataan Jamal itu juga menyerang budaya politik Umno itu sendiri yang begitu takut dikalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup tidak bertanding di PRK Port Dickson.

Fahmi mengulas kenyataan Jamal baru-baru ini yang mendakwa ahli dan pemimpin Umno dipegang kes mahkamah yang menjadi punca mereka bersikap 'senyap' daripada menyuarakan sebarang isu melibatkan kerajaan.

Jamal mendakwa Umno sukar berfungsi sebagai parti pembangkang kerana masing-masing sudah kena grip kecuali bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Umno dah kena 'ikat': Jamal]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment