Baik pulih SMJK Keat Hwa dua minggu lagi

Monday, September 24, 2018

Baik pulih SMJK Keat Hwa dua minggu lagi

Baik pulih SMJK Keat Hwa dua minggu lagi

ALOR SETAR - Kerja membaik pulih lima blok bangunan tiga dan dua tingkat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, di sini yang rosak dibadai ribut pagi tadi akan bermula dua minggu lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, tempoh itu diambil bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan penilaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat dilakukan

Katanya,  sebanyak RM600,000 diperuntukkan Kementerian Pendidikan untuk kerja-kerja baik pulih bumbung blok bangunan tersebut.   

“Kita juga perlu kerjasama dari pihak sekolah untuk menempatkan pelajar terbabit ke dewan sekolah serta ke tempat lebih selamat kerana bangunan yang kena ribut itu sudah tidak selamat digunakan lagi,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerja ke sekolah itu di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan lima mangsa yang mengalami kecederaan akibat ribut tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 9 pagi.

Mereka diberi rawatan pesakit luar.

"Mangsa yang terlibat merupakan pelajar perempuan yang berusia 14 dan 15 tahun yang mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan bumbung sekolah yang jatuh semasa ribut berlaku,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi tadi kira-kira kira-kira 2,000 pelajar dan lebih 100 guru dan kakitangan sekolah berkenaan panik apabila bangunan sekolah dibadai ribut kuat.   

Sebahagian besar pelajar baharu sahaja sampai di sekolah menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri. - Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment