Azeez Rahim, adik ditahan SPRM ketika beri keterangan

Tuesday, September 25, 2018

Azeez Rahim, adik ditahan SPRM ketika beri keterangan


Menurut sumber, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dipercayai ditahan bersama salah seorang adiknya.

Walau bagaimanapun, Utusan Malaysia masih belum mengetahui punca dan lokasi penahanan beliau.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, selain mereka anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Riza Aziz turut dipanggil sekali lagi hari ini ke SPRM.

"Riza hadir pagi ini bagi memberi keterangan bagi siasatan lanjut mengenai dakwaan menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menerbitkan sebuah filem di Hollywood, Amerika Syarikat," kata sumber.

Timbalan Ketua Pesuruhanjaya (Operasi), SPRM, Datuk Seri Azam Baki dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan itu. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment