Anwar berkata, beliau merupakan pemimpin paling banyak memberi ruang kepada golongan tersebut, namun tidak berkompromi sekiranya mereka cuba bertindak menindas rakyat.
"Walaupun ada menyatakan bahawa saya kian tua dan tidak relevan lagi sebab terlalu sinis tidak mahu pemimpin muda (tetapi) saya pemimpin yang paling memberi ruang pada pemimpin muda.
"Tetapi saya juga paling keras dengan menyatakan supaya mereka tidak memijak rakyat yang pernah mengangkat dan mendukung kita," katanya dalam Majlis Makan Malam Kiambang Bertaut dan Pidato Malaysia Baharu: Mengisi Harapan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar tokoh lama yang pernah bertindak khianat atas alasan pernah menderita dahulu.
Beliau berkata, faktor nilai yang menentukan sikap seseorang itu dan bukannya faktor lama atau baharu.
Mengulas lanjut, beliau juga meminta supaya usaha dakwah dilakukan secara berhikmah dan tidak menunjukkan Islam hanya agama menghukum.
Anwar berkata, perkara yang paling dibimbanginya bukan mengenai pelaksanaan hukum syariah tetapi pelaksana yang tidak memenuhi syarat syariah atau undang-undang Islam. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment