3M Malaysia lancar rangkaian produk DIY bersama Lazada
3M Malaysia, syarikat sains global yang terkenal dengan solusi automotifnya yang canggih, telah mengambil peluang untuk melancarkan rangkaian produk penjagaan kereta DIY.
Ia akan membolehkan para penggemar kereta, dan individu-individu yang suka melakukan kerja-kerja pembaikan dan penarafan dengan sendiri untuk memelihara keadaan kenderaan mereka secara ekonomik dengan menggunakan produk-produk gred profesional.
Tambahan lagi, atas usaha 3M Malaysia untuk menjadikan produk-produknya lebih mudah untuk diakses oleh para pengguna di dalam negara, syarikat ini telah merungkaikan pelancaran Kedai Flagship Automotif 3M yang rasmi dan yang pertama di Lazada.
Kedai ini yang beroperasi melalui laman e-dagang tersebut akan menampilkan rangkaian produk penjagaan kereta yang terdahulu serta yang terkini untuk melengkapi para pengguna dengan kelebihan produk-produk ini yang mudah untuk digunakan serta dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Pengarah Urusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair berkata, 3M sejak sekian yang lama telah memacu inovasi dan sains dalam bidang automotif.
âkami berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kereta kami yang membawa pembangunan saintifik yang diusahakan berdekad lamanya dan Kit penjagaan kereta DIY kami mudah untuk digunakan serta dapat memberikan hasil yang memberangsangkan tanpa menelan kos yang tinggi.
âKami juga berasa teruja untuk melancarkan Kedai Flagship Automotif 3M yang pertama dengan Lazada untuk menyebarluaskan lagi rangkaian produk kami secara digital ke tangan para pengguna,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment