1,614 perokok dikenakan notis

Thursday, September 13, 2018

1,614 perokok dikenakan notis

1,614 perokok dikenakan notis

SEREMBAN - Seramai 1,614 perokok dikenakan notis tindakan kerana merokok di tempat awam di Negeri Sembilan sejak awal tahun ini sehingga kini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan S. Veerapan.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 730 orang membayar kompaun sebanyak RM403,500 kerana melanggar Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 manakala 884 kes lagi akan dihadapkan ke mahkamah bagi pendakwaan.

Dalam satu kenyatan hari ini beliau berkata sebanyak 38 notis dikeluarkan  terhadap kesalahan  merokok di premis kerajaan manakala 1,576 notis dikeluarkan terhadap mereka yang melakukan  kesalahan merokok di kawasan larangan dan bukan premis kerajaan.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan terus memantau perbuatan mereka yang melanggar peraturan larangan merokok di tempat awam seperti yang digariskan dalam PPKHT 2004.  -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment