Tabung Harapan Malaysia kutip lebih RM127 juta

Wednesday, June 27, 2018

Tabung Harapan Malaysia kutip lebih RM127 juta

Tabung Harapan Malaysia kutip lebih RM127 juta

SHAH ALAM - Kurang sebulan dilancarkan, kutipan Tabung Harapan Malaysia terus bertambah menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM127,363,516 setakat jam 3 petang ini.

Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung tersebut hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment