PM hubungi pada Syawal keempat: Shamsul Iskandar

Tuesday, June 26, 2018

PM hubungi pada Syawal keempat: Shamsul Iskandar

PM hubungi pada Syawal keempat: Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hang Tuah dari PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan tawaran untuk jawatan Timbalan Menteri Industri Utama.

Shamsul Iskandar memaklumkan pada hari raya keempat iaitu 18 Jun, beliau menerima panggilan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Seingat saya hari itu raya keempat, hari sama Tun Mahathir jumpa dengan pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma.

"Tengah hari itu, Tun Mahathir hubungi saya, dalam panggilan telefon itu, perdana menteri tanya adakah saya sudi untuk membantunya dalam Kementerian Industri Utama," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun, masih menunggu pengesahan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.

"Tunggulah dulu senarai akhir, tapi buat masa ini saya mengaku ada terima tawaran Timbalan Menteri di Kementerian Industri Utama," jelasnya.

Sementara itu, calon Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar belum mahu mengesahkan lagi lantikan berkenaan kerana tiada hitam putih.

"Saya baca senarai penuh menteri dan timbalan menteri Kabinet yang tersebar itu seperti kamu juga.

"Belum boleh umum sebab tidak dapat surat atau panggilan dari Pejabat Perdana Menteri lagi," katanya.

Selain itu, bakal Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming juga masih mengunci mulut.

Usaha menghubungi menteri dan timbalan menteri lain yang tersenarai dalam senarai tular itu masih tidak membuahkan hasil.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment