MBIP kenakan syarat ketat penjagaan jalan raya

Tuesday, June 26, 2018

MBIP kenakan syarat ketat penjagaan jalan raya

MBIP kenakan syarat ketat penjagaan jalan raya

ISKANDAR PUTERI - Pemaju akan dikenakan syarat ketat terhadap sebarang pelaksanaan pembangunan yang membabitkan aspek jalan raya sebagai usaha pencegahan awal.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Adib Azhari Daud berkata, penekanan yang dilakukan di bawah kawasan pentadbirannya bertujuan memastikan prasarana itu sentiasa dijaga dan tidak rosak.

Berhubung proses itu, jelasnya MBIP akan merujuk semua pembangunan di Jalan Negeri, Jalan Persekutuan dan Jalan Bandaraya kepada Jabatan Teknikal serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

รข€Bila kita dah semak dan diteliti, pihak JKR akan mengenakan deposit Tabung Amanah ke atas sebarang projek yang membabitkan kesemua kategori jalan berkenaan.

"Banyak jalan yang ada di dalam kawasan pembangunan Bandar Medini adalah Jalan Persekutuan bagaimanapun pembangunan yang terbabit di jalan ini akan dikenakan syarat yang ketat bagi memastikan kebersihannya terjamin sama ada ia Jalan Persekutuan, negeri atau bandaraya.

"Apabila kita rujuk dengan Jabatan Teknikal dan JKR, kalau jalan itu diguna pakai (untuk tujuan pembangunan), satu jumlah deposit Tabung Amanah akan dikenakan, maknanya kalau (jalan) tidak dibersihkan, Amanah (deposit) akan dirampas," katanya pada sidang media sempena pembukaan bangunan Medini 9, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Medini Iskandar Malaysia (MIM), Dr James Tee.

Dalam perkembangan lain, Adib Azhari berkata, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa terhadap lampu pemasangan lampu jalan JKR dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Di Iskandar Puteri juga terdapat tiga kategori lampu jalan iaitu lampu JKR, TNB dan Iskandar Puteri, kita tidak mempunyai kuasa untuk lampu JKR dan TNB.

"Tiang lampu Islandar Puteri kebiasaannya membabitkan kawasan taman yang terdapat dalam kawasan pentadbiran MBIP," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment