Masalah lalat makin teruk

Tuesday, June 26, 2018

Masalah lalat makin teruk

Masalah lalat makin teruk

PONTIAN - Bukan sehari dua, tetapi masalah lalat yang terpaksa diharungi penduduk Kampung Seri Bukit Panjang Pekan Nanas di sini sejak Hari Raya Aidilfitri lalu semakin teruk.

Menurut penduduk, kehadiran lalat didakwa berpunca dari ladang ternakan dan kilang kelapa sawit yang terletak berdekatan dengan kawasan kampung.

Penduduk, Punisah Tarmiti, 64, berkata, kehidupan mereka terganggu dengan kehadiran lalat yang semakin teruk.

Menyifatkan masalah lalat luar biasa pada Aidilfitri kali ini, ibu kepada enam anak ini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membeli racun dan perangkap lalat.

“Masalah lalat di sini, bukan baru kerana setiap tahun kami hadapi masalah masa dan menyeksakan.  

“Seminggu sebelum raya, masalah mula timbul. Makin banyak sampaikan hendak masak dan makan pun diganggu lalat.

“Tidak sampai beberapa minit, kertas lalat yang diletakkan di ruang tamu dipenuhi lalat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Malah dia juga terpaksa mengelap lantai hampir lima minit sekali kerana tidak tahan dengan bau busuk lalat yang mati di atas lantai akibat terkena racun.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Dr Fairuliza Suha berkata, setakat ini tiada aduan diterima.

“Jika aduan diterima, pegawai kesihatan bersama anggota akan buat tinjauan untuk mengenal pasti tindakan yang akan diambil.

“Namun sekiranya isu lalat ini melibatkan ladang ternakan ayam, ia terletak di bawah pihak berkuasa tempatan.

“Dalam masa yang sama, kita minta penduduk supaya mengutamakan kebersihan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment