Bomoh perkosa anak tiri
JAWA BARAT - INDONESIA. Seorang bomoh didakwa mencabul anak tirinya puluhan kali selain merogol mangsa ketika berdua-duaan dirumah.
Suspek ditangkap di kawasan Kedungwaringin, Kecamatan Bojonggede, Kabupaten Bogor, kelmarin, selepas mangsa melaporkan perkara itu kepada ibunya setelah sering dimarahi selain berasa tertipu dengan janji bapa tirinya.
Polis berkata, setiap kali mencabul mangsa, tertuduh akan memberikan sejumlah wang selain berjanji akan menurunkan ilmu spiritual.
Tambah polis, perkara itu sudah berlanjutan selama setahun sebelum mangsa mendedahkan hubungan asmara itu kepada ibunya.
Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sudah tidak bersekolah dan sering menghabiskan masanya di rumah.
Bapa tirinya pula seorang bomoh yang dihormati di kawasan kejiranan mereka.
"Selain dicabul, mangsa dirogol sebanyak empat kali oleh tertuduh.
"Tertuduh mengambil kesempatan ke atas mangsa setiap kali isterinya keluar bekerja," kata polis.
Lelaki berkenaan kini dalam tahanan polis dan bakal dihadapkan ke muka pengadilan.
Jika disabit bersalah, tertuduh berdepan hukuman 15 tahun penjara. - Tribunnews
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment