Laporan audit oleh KPMG tidak benar, tidak adil - 1MDB

Tuesday, June 26, 2018

Laporan audit oleh KPMG tidak benar, tidak adil - 1MDB


1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam satu kenyataan berkata, dalam surat bertarikh 8 Jun lalu, firma perakaunan itu menasihatkan 1MDB supaya mengambil langkah perlu bagi mengelak daripada sebarang pergantungan lanjut ke atas tiga laporan audit berkenaan.

"Menurut KPMG, mereka mencapai keputusan itu selepas meneliti laporan Ketua Audit Negara mengenai laporan IMDB yang diklasifikasikan semula serta laporan berkaitan yang sebelum ini tidak dikemukakan oleh pengurusan lama syarikat itu," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, jika dokumen tersebut diserahkan kepada juruaudit, KPMG percaya maklumat itu 'akan memberi impak secara material kepda penyata kewangan dan laporan audit lain yang berkaitan.'

"Selain itu, KPMG menasihatkan kami supaya 1MDB memaklumkan kepada pihak berkaitan mengenai status terkini mengenai laporan audit berkenaan," tambah kenyataan itu.

Bulan lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengarahkan PricewaterhouseCoopers (PWC) dilantik sebagai juruaudit baharu 1MDB untuk menyemak semula kedudukan kewangan semasa anak syarikat milik Kementerian Kewangan itu.-UTUSAN ONLINE
 



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment