Cadang kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia

Tuesday, June 12, 2018

Cadang kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia

Cadang kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia

TOKYO â€" JEPUN. Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Jepun memantapkan  kedudukannya dalam landskap pendidikan di Malaysia dengan mewujudkan sebuah kampus cawangan  universiti di sana.

Perdana Menteri berkata perkara itu telah disampaikan kepada rakan sejawatannya Shinzo Abe semasa pertemuan mereka di sini pada Selasa.

Dr Mahathir berkata Malaysia adalah lokasi yang baik untuk tujuan itu kerana kos yang lebih rendah.

“Jika ini menjadi kenyataan, lebih ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan pendidikan Jepun dan pada masa sama negara-negara miskin di Afrika dan Asia juga boleh menghantar para pelajar ke Malaysia di mana mereka boleh mendapatkan pendidikan Jepun  tanpa perlu datang ke Jepun yang terkenal dengan kos yang tinggi,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada Selasa, hari terakhir lawatan kerja tiga hari ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment