Berapa bulan lalu, kisah pelakon Fatin Afeefa hangat diperkatakan apabila ada seorang wanita mendakwa pelakon itu dikatakan bermain cinta bersama suaminya.

Menerusi laman Twitter, wanita itu juga mendedahkan bukti dan mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. Wanita itu juga mendakwa, Fatin dikatakan tidur dengan suaminya dan gambar tular Fatin bercium dengan seorang lelaki merupakan suaminya.


BACA: Wanita Dedah Fatin Afeefa Tidur Dengan Suami Orang?


Semalam, rumah Fatin Afeefa diserbu oleh pihak polis dan didakwa berdua-duaan bersama suami orang di dalam rumah miliknya. Berikutan itu, Fatin menjawab dakwaan dan tuduhan tersebut menerusi laman Twitternya.



Fatin mengakui rumahnya telah diserbu oleh pihak polis atas dakwaan kononnya terdapat individu lain dirumahnya dan turut mengambil keterangan dari Fatin. Namun, hasil pemeriksaan mendapati, tiada siapa dirumahnya seperti yang didakwa.

Menurut Fatin lagi, ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Tambahnya lagi, dia juga akan membuat laporan polis atas dakwaan mengeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Apa-apa pun biar pihak polis buat kerja mereka dan diharap kes ini dapat diselesaikan secara baik.