Wanita ditemui mati tergantung

Monday, February 26, 2018

Wanita ditemui mati tergantung

Wanita ditemui mati tergantung

SITIAWAN - Seorang ibu kepada dua anak ditemui mati tergantung di pintu bilik sebuah rumah di Kampung Batu 9 Lekir, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian itu yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari disedari oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis melalui talian MERS 999.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah yang disewa bersama suami dan dua anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja di sebuah kedai berada seorang diri di rumah.

"Suami mangsa tiada di rumah sewa mereka kerana keluar berkerja," katanya.รข€Ž

Berita kematian wanita itu mula tular sejak tengah hari tadi menerusi aplikasi WhatsApp.

Muhammad Hanif berkata,  tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklafisikasikan sebagai mati mengejut.

"Namun begitu kita masih menyiasat punca kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan punca kematian adalah kerana jerutan di leher akibat tergantung,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment