Petani disaran tanam kelapa matag

Monday, February 26, 2018

Petani disaran tanam kelapa matag

Petani disaran tanam kelapa matag

ARAU - Golongan petani, terutamanya yang mengusahakan tanaman padi, disaran agar menanam pokok kelapa matag sebagai satu daripada sumber pendapatan sampingan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan  Kassim, berkata, seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, petani digalakkan mengusahakan sumber kekayaan baharu seperti kelapa matag kerana ia mudah diusahakan dan mampu memberikan pendapatan lumayan.

Anggota Parlimen Arau itu berkata, petani perlu mempelbagaikan tanaman sekali gus menghasilkan pendapatan daripadanya, bukan sekadar menanti hasil pada musim menuai semata-mata.

"Mengusahakan kelapa matag ini membolehkan para petani memperoleh pendapatan sampingan sehingga kira-kira RM163,000 bagi sehektar setahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan benih kelapa mataq kepada 700 penduduk Parlimen Arau di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Robiah Lazim berkata kebanyakan petani mengusahakan sawah padi sebagai mata pencarian utama dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menambah pendapatan sampingan.

Katanya, kelapa matag mampu menghasilkan buah sebanyak 25,000 biji bagi setiap hektar setahun.

”Pokok kelapa matag ini sekiranya diusahakan dengan baik mengikut kaedah yang betul ia mampu mendatangkan hasil selepas tiga tahun ditanam,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment