UiTM jinak Harimau Kumbang

Thursday, February 1, 2018

UiTM jinak Harimau Kumbang

UiTM jinak Harimau Kumbang

SHAH ALAM: UiTM FC memulakan saingan Liga Perdana dengan langkah kanan selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium UiTM, di sini sebentar tadi.

UiTM FC sememangnya tampak mendominasi perlawanan apabila tanpa membuang masa terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Harimau Kumbang sejurus sepak mula.

Bagaimanapun, gol pertama UiTM FC hanya muncul pada minit ke-17 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh pemain yang memakai jersi nombor 26, Sadam Hashim selepas menerima hantaran cantik dari rakan sepasukan.

Tersentak dengan jaringan itu Pulau Pinang yang dikendali Zainal Abidin Hassan melakukan serangan bertali arus ke kubu UiTM FC namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan dan penjaga gol, Muhamad Soffuan bertindak cemerlang sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua skuad Harimau Kumbang terus menggandakan asakan ke kubu UiTM FC dan akhirnya usaha mereka berhasil apabila penyerang import Ken Ilso Larsen menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73 selepas menerima hantaran cantik dari rakan sepasukan.

Bagaimanapun, kegembiraan Pulau Pinang tidak bertahan lama apabila pemain import UiTM FC, Lucas Ramon meletakkan skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail di hadapan pada minit ke-85 menjadikan kedudukan 2-1.

Pemain gantian dan import berpengalaman, Bakary Dou menambah derita pelawat dengan menjaringkan gol ketiga UiTM FC pada minit ke-91. Keputusan penuh perlawanan UiTM FC menewaskan Pulau Pinang 3-1.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment