Arsenal berjaya ikat Ozil untuk jangka panjang

Thursday, February 1, 2018

Arsenal berjaya ikat Ozil untuk jangka panjang


Pasukan itu dalam satu pengumuman yang disebarkan melalui twitter memberitahu bahawa Ozil kekal bersama Arsenal dan telah menandatangani kontrak untuk satu tempoh yang panjang.

Pengumuman itu merupakan satu kelagaan kepada para peminat The Gunners selepas pasukan itu kehilangan dua penyerang iaitu Alexis Sanchez ke Manchester United dan Olivier Giroud berpindah ke Chelsea.

Bagaimanapun Arsenal berjaya mendapatkan penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan dari United. - Agensi



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment