Terkini: PSG sahkan Neymar patah kaki

Monday, February 26, 2018

Terkini: PSG sahkan Neymar patah kaki


NEYMAR dalam keraguan besar untuk bersama Paris Saint-Germain (PSG) menentang Real Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Parc des Princes, Rabu ini, selepas mengalami kaki patah.

Pemain kelahiran Brazil itu mendapat kecederaan tersebut selepas diasak Bouna Sarr ketika PSG meraih kemenangan 3-0 menentang Olympique de Marseille di laman sendiri, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, Sar berkata dia tidak bersalah kerana insiden itu tidak disengajakan ketika masing-masing berebut bola.

Penyerang itu mengerang kesakitan buku lalinya dan mengalirkan air mata ketika diusung keluar.




sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment