Tak wajar baling mercun

Monday, February 19, 2018

Tak wajar baling mercun

Tak wajar baling mercun

KOTA BHARU â€" Satu tindakan yang tidak wajar sekiranya benar pasukan serbuan bertindak membaling mercun pada Op Limau Judi Sabung Ayam di Baling, Kedah, hingga menjurus kepada penemuan lima mayat berkait kes berkenaan.

Peguam bela dan peguam cara, Muhammad Hasif Hasan berkata, dakwaan tindakan membaling mercun bola ketika mengepung dan menyerbu sasaran adalah instrumen yang salah serta tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berkenaan.

“Serbuan tempat judi terbuka bukanlah jenayah berat yang perlu menggunakan unsur-unsur letupan sekiranya pihak berkuasa tidak diancam. Seperti dalam kes ini mereka yang berjudi atau yang menjadi penonton boleh tersalah tafsir terhadap bunyi itu.

“Mangsa mungkin menyangka bunyi itu adalah tembakan yang dilepaskan dan mungkin mereka lari kerana bukan sahaja takut, malah mereka lari menyelamatkan diri daripada terkena tembakan. Itu, kita tidak tahu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya yang juga Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, mangsa mungkin bersalah kerana berjudi, namun cara pihak berkuasa ketika melakukan tangkapan boleh menjadi persoalan pihak keluarga.

“Perkara ini perlu dibuktikan terlebih dahulu di mahkamah dengan bukti-bukti sekiranya dan sememangnya benar pihak berkenaan membaling mercun, pihak keluarga boleh kemukakan saman,” katanya.

Hari ini, muka depan Sinar Harian menyiarkan lima mayat ditemui terapung di Sungai Muda di Kampung Padang Bukit Taman Permai,  Kuala Ketil.

Mereka yang lemas dipercayai individu yang cuba lolos dari serbuan pihak berkuasa sempena Op Limau pada malam, 16 Februari lalu.

Mereka terjun ke sungai selepas terdengar bunyi letupan mercun yang didakwa dibaling ke arah sungai itu.

Dalam operasi itu juga, pihak berkuasa menahan 76 individu serta merampas 40 ayam sabung bersama RM140,000 dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam perjudian laga ayam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment