Singapura kenakan cukai karbon pada 2019

Monday, February 19, 2018

Singapura kenakan cukai karbon pada 2019

Singapura kenakan cukai karbon pada 2019

SINGAPURA - Singapura, semalam memaklumkan ia akan mengenakan cukai karbon bermula tahun depan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menjadikan syarikat berdaya saing sebagai mematuhi pelaksanaan perjanjian global terhadap perubahan iklim.

Menteri Kewangan, Heng Swee Keat berkata, cukai tersebut akan dikenakan ke atas kesemua kemudahan yang menghasilkan 25,000 tan atau lebih pelepasan gas rumah hijau setahun.

Cukai berjumlah S$5 (RM14) untuk setiap tan itu bermula 2019 hingga 2023 itu akan dikaji semula dan mungkin dinaikkan antara S$10 (RM29) dan S$15 (RM44) setan menjelang 2030.     

"Kami berhasrat mengurangkan lagi intensiti pelepasan untuk usaha lebih besar dalam menangani perubahan iklim," ujarnya sambil menyatakan langkah itu adalah sebahagian daripada bajet 2018.

Perjanjian Iklim Paris dimeterai 197 negara pada 2015 menggesa usaha mengehadkan pemanasan global di bawah dua darjah Celsius.

Straits Times melaporkan kira-kira 30-40 syarikat terutamanya dari sektor penapisan petroleum, bahan kimia dan semikonduktor akan dikenakan cukai tersebut.

Data Agensi Tenaga Antarabangsa menunjukkan Singapura menduduki tangga ke-26 daripada 142 negara dari segi pengeluaran karbon per kapita disebabkan oleh saiz kecil dan kepadatan penduduk di negara itu. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment