Pembunuh juling diburu polis

Monday, February 19, 2018

Pembunuh juling diburu polis

Pembunuh juling diburu polis

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki di Akron menjadi buruan polis selepas dia menembak mati seorang budak perempuan berusia empat tahun, minggu lalu.

Ketika kejadian, mangsa duduk bersebelahan dengan nenek serta tiga adik-beradiknya yang lain berusia tiga, enam dan tujuh tahun di dalam sebuah kenderaan.

Susulan itu, polis mengeluarkan waran tangkap ke atas suspek dikenali sebagai Darnell Bitting.

Polis turut memberi amaran bahawa suspek dianggap bersenjata dan berbahaya.

Pegawai penyiasat berkata, insiden tembakan itu berlaku apabila seorang wanita yang juga ibu kanak-kanak malang terbabit datang ke kediaman suspek untuk mengambil barang.

"Semasa wanita itu tiba, dia berulang kali mengetuk pintu rumah suspek.

"Apabila tiada jawapan, dia bertindak memecahkan cermin tingkap rumah yang didiami pemuda berkenaan.

"Bitting kemudian meluru keluar dan melepaskan tembakan menggunakan senjata rifle.

"Malangnya, tembakan Bitting yang bermata juling tersasar dan mengenai kenderaan dinaiki mangsa," kata polis.

Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Akron namun disahkan meninggal dunia semasa dirawat. - Independent

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment