Simpan dadah dalam jaket

Monday, February 19, 2018

Simpan dadah dalam jaket

Simpan dadah dalam jaket

KOTA BHARU â€" Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.

Lelaki yang berusia 42 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah pada jam 5.15 petang, 5 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke atas premis dan menahan lelaki berkenaan yang berada di ruangan bahagian belakang premis itu.

“Ketika itu, suspek dilihat memegang satu jaket berwarna kelabu di tangannya dan pemeriksaan yang dijalankan menjumpai beg kecil berzip di dalam poket kiri jaket terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu paket plastik cerah setiapnya berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 6g,” katanya.

Beliau berkata, seterusnya, pemeriksaan polis turut menjumpai dua tiub penyedut minuman berjalur kuning berangkai 10 dengan setiap rangkai berisi sebiji pil kemerahan dipercayai pil kuda.

Selainnya juga terdapat, satu tiub penyedut minuman berjalur kuning berangkai lapan dengan setiap rangkai berisi sebiji pil kemerahan dipercayai pil kuda.

“Jumlah keseluruhan 28 pil yang dianggarkan seberat 3g dan kedua-dua dadah itu dirampas pihak polis, sementara suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment