PRU14PRU-14: Jabatan Penerangan Melaka tubuhkan pusat media

Tuesday, February 27, 2018

PRU14PRU-14: Jabatan Penerangan Melaka tubuhkan pusat media


Pengarahnya, Shahnon Mohamad berkata, satu ruang khas yang dijangka mampu menempatkan kira-kira 40 petugas media akan disediakan di lobi pekarangan bangunan pejabat agensi kerajaan di Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini tidak lama lagi bagi tujuan itu.

Katanya, sebanyak 12 kakitangan dan pegawai Jabatan Penerangan negeri akan membantu menyampaikan maklumat serta info-info terkini secara langsung kepada petugas media yang berdaftar sebaik sahaja pembubaran Parlimen, penamaan calon, tempoh berkempen dan pada hari PRU-14 berlangsung.

“Selain itu, Jabatan Penerangan negeri Melaka juga akan membantu melicinkan tugas-tugas petugas media dengan menjadi agensi perantaraan antara mereka dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri bagi mendapat maklumat terkini tentang perjalanan PRU-14.

“Pusat media itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk talian internet, WiFi, komputer, dan pencetak untuk kegunaan petugas media dan sehubungan itu, semua agensi media di negeri ini perlu memastikan petugas mereka memiliki pas petugas yang sah dan dikeluarkan Jabatan Penerangan sebagai persiapan menjelang PRU-14,” katanya selepas menghadiri mesyuarat dan taklimat bersama agensi media kerajaan di Menara Persekutuan di Ayer Keroh di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment