'Jong-nam mengadu nyawa dalam bahaya'

Tuesday, February 27, 2018

'Jong-nam mengadu nyawa dalam bahaya'

'Jong-nam mengadu nyawa dalam bahaya'

Gambar

SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu warga Korea Utara, Kim Chol atau didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam ada mengadu kepada rakannya bahawa nyawanya dalam bahaya, enam bulan sebelum beliau mati dibunuh menggunakan racun agen VX.

Disebabkan itu, Kim Chol memohon pertolongan rakannya di negara ini dikenali sebagai Tomie Yoshio untuk mencari seorang pemandu membawanya ke mana saja termasuk mengambilnya di lapangan terbang dan ke hotel.

Tomie kemudian menguruskan hal itu dan mengupah lelaki dikenali Ahmad Fuad untuk menjadi pemandu peribadi Kim Chol sepanjang beliau berada di negara ini.

Perkara itu terkandung dalam rakaman percakapan Tomie kepada pihak polis yang diajukan peguam bela, Gooi Soon Seng ketika menyoal balas saksi pendakwaan kesembilan, pegawai penyiasat Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40.

Wan Azirul Nizam turut bersetuju dengan cadangan Soon Seng berdasarkan rakaman percakapan itu.

Sementara itu, saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, berdasarkan keterangan dua tertuduh iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah, 26, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, tiada motif pembunuhan di sebalik kematian Kim Chol sama ada rompakan atau cemburu.

Saksi itu turut menafikan Siti Aisyah adalah kambing hitam dalam pembunuhan itu dan Hong Song Hac (Mr Chang), Ri Ji Hyon (Mr Y), Ri Jae Nam (Hanamori) dan O Jong Gil (James) adalah pembunuh sebenar Kim Chol.

Siti Aisyah dan Doan didakwa membunuh Kim Chol bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari tahun lalu.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraan masuk hari ke-31, hari ini di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung 14 Mac ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment