Imam Muda tegur Neelofa

Tuesday, February 27, 2018

Imam Muda tegur Neelofa

Imam Muda tegur Neelofa

IMAM Muda Fakhrul menegur pemilik jenama tudung Naelofar Hijab, Neelofa yang melancarkan koleksi tudung terbaharunya #BeLofa di kelab malam Zouk, semalam.

Menerusi laman Facebook, Imam Muda Fakhrul menjelaskan hukumnya haram membuat pelancaran tudung di kelab malam.

“Hukum asal harus dan mendapat pahala. Tetapi apabila buat di kelab malam maka haram hukumnya. Haram bukan kerana pelancaran tudung tetapi lokasinya, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah.

“Hal ini menimbulkan fitnah kepada muslim dan muslimah, pemakaian syariat dan yang utama kepada agama. Pelaku yang terlibat dengannya berdosa dan wajib bertaubat,” katanya.

Jelasnya, untuk menegur perkara ini, ia tidak boleh dilakukan dengan kasar.

"Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya? rujuk pendekatan dakwah RASULULLAH SAW. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!

“Ajak jangan hukum. Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum," tulisnya lagi.

Imam muda ini turut mengatakan perkara yang berlaku itu adalah daripada kesilapan peribadi, namun ia menjadi umum apabila melibatkan ramai orang.

"Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.

“Hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik," ujarnya.

Namun, Imam muda ini tidak mahu perkara itu menjadi kecaman hingga ada yang boikot.

"Macam mana Melayu nak maju? Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat.

"Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment