Biarkan MCA terus bermimpi: Suee Lim

Monday, February 26, 2018

Biarkan MCA terus bermimpi: Suee Lim

Biarkan MCA terus bermimpi: Suee Lim

SHAH ALAM - DAP telah mempamerkan kemerlangan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor apabila mewujudkan beberapa dasar yang baik sebagai inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, antara dasar dan inisiatif yang diambil oleh DAP adalah dengan menyediakan peruntukan bagi sekolah pelbagai aliran di Selangor temasuk Sekolah Rendah Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina.

“Bagi sekolah-sekolah ini, kita salurkan bantuan berbentuk geran tahunan sebanyak RM500,000 setahun bagi empat sekolah terlibat.

“Ini tidak pernah dilakukan oleh MCA sejak 50 tahun lalu dan ia secara jelas menunjukkan bahawa DAP menunjukkan kecemerlangannya sejak dua penggal lalu lagi melalui Pakatan Harapan (Harapan),” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiow Lai berkata, parti itu yakin dapat meraih sokongan pengundi Cina pada PRU14 berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diberikan oleh masyarakat itu di kawasan bandar.

Beliau berkata, gelombang itu jelas kelihatan selepas masyarakat Cina sedar tiada keberhasilan serta perkembangan ditunjukkan sepanjang dua penggal menyokong DAP.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, pengundi pada masa kini lebih bijak dalam membuat penilaian sebelum memilih mana-mana parti dalam PRU14 nanti.

“Jadi kita biarkan MCA terus bermimpi dan pengundi akan menentukan nasib mereka pada PRU nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Suee Lim turut menyifatkan MCA kini semakin khuatir dan berada dalam dilema memandangkan kebanyakan kawasan dimenangi parti itu sebelum ini terdiri daripada majoriti pengundi Melayu.

Malah, Suee Lim berkata, dengan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ia sekali gus memberi kebimbangan kepada MCA berikutan sokongan Melayu terhadap mereka semakin terhakis.

“Kalau kita lihat, kawasan dimenangi MCA seperti Bentong dan Alor Gajah terdiri daripada 50 peratus pengundi Melayu.

“Dengan wujudnya gelombang tsunami Melayu secara senyap selepas kehadiran Bersatu, ini menjejaskan peluang mereka untuk kekal menang di kerusi-kerusi tersebut,”katanya.

Katanya, berdasarkan prestasi dan khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh DAP melalui Harapan, ia akan memberi peluang cerah buat parti itu untuk terus meraih undi daripada pengundi Cina dalam PRU14 nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment